Persidangan TVET 2019 : Tingkatkan keupayaan belia dalam TVET

Salam Hormat...

TVET masa hadapan untuk Malaysia? Baca laporan penuh artkel Utusan Malaysia dan lihat ASTRO Awani >> http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tingkatkan-keupayaan-belia-dalam-tvet

Antara petikan dari Utusan Malaysia adalah ;
"PUTRAJAYA 9 Julai - Kerajaan akan terus meningkatkan keupayaan belia dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memastikan keperluan industri berteknologi tinggi dipenuhi oleh warga kerja tempatan.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, usaha itu akan mengubah pasaran buruh negara selain dapat memastikan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi yang menawarkan gaji tinggi diwujudkan.
Dr. Mahathir berkata, TVET memainkan peranan penting dalam membantu usaha untuk menjadi negara maju setaraf dengan negara-negara maju yang lain dan tidak keterlaluan jika TVET dianggap sebagai kunci kemajuan pada masa akan datang.
“Oleh kerana itu, kerajaan memberi penekanan kepada TVET. Kita sedar permintaan dan keperluan industri kepada modal insan yang berkeupayaan untuk beriringan dengan peredaran teknologi yang begitu tinggi dan pantas.
“Menerusi TVET, kita bukan sahaja dapat menyediakan belia untuk pasaran kerja, tetapi juga menyediakan modal insan bagi pembangunan dan kemajuan negara,” katanya ketika berucap dalam majlis penutup Persidangan TVET 2019 di sini, hari ini."





Antara pengajar yang terlibat dalam pembentangan hasil inovasi adalah En. Azuan daripada ADTEC Jerantut. Beliau menduduki tempat ketiga dalam Pembentangan Persidangan TVET ini dan telah memenangi pingat emas dalam ITEX 2019 yang diadakan di Konvensyen KLCC pada Mei lepas. Tahniah saudara telah mengharumkan ADTEC Jerantut.

Robot - Peneman? Rakan cinta? Date with a robot

Tertarik dengan "Date bersama robot" yang sekarang ini popular di Japan. Negara maju seperti ini sudah tentu lebih advance dalam industri robotik dan komputer ini. Robot akan datang akan bertindak sebagai rakan sekerja, peneman semasa duka, pekerja dan petugas di rumah atau pejabat malah ada juga ciptaan robot sebagai teman kekasih. Anda boleh layari atau carian terhadap "my date with a robot" di google search untuk maklumat lanjut.

Rekaan sebegini memerlukan kepakaran dalam kajian Artificial Intelligent (AI) sama ada narrow atau huge stage.


Gundam? It's a famous robotic ....of course have many fans :) .... Jom sertai minat terhadap collectibles item seperti Gundam, Transformers, Batman, Spidey, Avengers dan lain-lain lagi.
Layari >>> robot, toys and collectibles item


MSK 2/2019 - Program Khidmat Masyarakat

Salam Hormat,

Sedikit perkongsian Program Khidmat Masyarakat MSK Sesi 2/2019 bagi pelajar-pelajar baharu di ADTEC Jerantut telah selamat dijayakan di Madrasah Tahfiz Darul 'Ihya Ad-Diniah di Bukit Dinding, Jerantut. Program ini disertai oleh sebahagian para pelajar seramai 45 orang serta para pengajar dan pembantu. Ia merupakan program CSR yang dijalankan 2 kali setahun.

Syukur ke hadrat Illahi kerana dipermudahkan semua urusan serta cuaca yang baik membolehkan kesemua aktiviti berjalan lancar. Para pelajar telah mendapat iktibar dan pengajaran serta dapat sama-sama mengenali penghuni yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahfiz yang masih muda dan ilmuwan agama. Semoga hubungan baik sesama komuniti ini mendapat redha-Nya dan memberikan kesn serta manfaat untuk kedua-dua pihak yang bekerjasama.




Pembelajaran mainan sains dalam bidang robotik

Robot Magnet & Robot Acceleration 

Bagi peminat-peminat robotik, dah tentu minat dengan perkembangan ini. Ia membantu anda mengenali robot terutamanya kanak-kanak dan remaja malahan orang dewasa juga berminat dengan permainan sains ini.



Jommmm bermain robot masa depan sambil menambah pengetahuan dengan keajaiban sains yang terdapat pada mainan Mindblown robot yang disediakan oleh McD Malaysia.




Kenali jenis-jenis robot yang ditawarkan. Ia membantu anak-anak mengenali robot dan aplikasi fungsinya dengan lebih berkesan melalui fizikal robot mainan ini. Bagi yang terlepas untuk mendapatkan boleh hubungi admin, 0179103052 untuk mendapatkan 2 jenis robot - Magnet Bot & Acceleration Bot yang masih ada.
Jualan dibuka bagi peminat robotik!!!!

Belajar sains melalui permainan.



Slot Motivasi; Perjalanan Jauh >>> Semakan di hadapan, tengah dan belakang

Salam semua;

Maaf admin agak sibuk bermula Jan 2019 hingga kini, sukar untuk dikatakan kerana terlalu banyak urusan dokumentasi dan tugasan penyeliaan di peringkat ini kerana ditempatkan di posisi lain dalam organisasi.

Bagi yang ternanti-nanti Kursus Jangka Pendek (KJP), admin akan cuba cari ruang yang sesuai jika berkelapangan... jika di bengkel sudah pasti lebih mudah.

Kali ini, slot motivasi ingin dikongsikan setelah melalui bebanan tugasan dan juga menempuh perjalanan sederhana jauh menggunakan motosikal "cub" = level cub prix......
Ya, ia suatu perjalanan jauh lebih 100km berulang menggunakan motosikal ini. Cuma slot 1st motivation ini dari kaca mata rider adalah :

 
      "Di saat fokus ke hadapan, kadangkala kita 
terlalai dengan situasi di kiri dan kanan malah 
       terlupa apa yang di belakang walaupun ada 
side mirror di sisi" 

Ya....itulah kita seringkali terlupa apa yang telah digenggam (kiri dan kanan) atau mudah melupakan kisah silam yang menjadi pengajaran dek kerana memasang impian di hadapan.
Nasihat ini khas untuk semua termasuk admin :)

gambar ehsan : https://pandulaju.com.my/ahmad-afif-tekad-buru-juara-cub-prix-terengganu-mampukah-yamaha-y15zr-mengganas/
 


KJP ADTEC Jerantut 2019 - Februari 2019 - Tinggalkan pesanan pada komen

Salam semua...

Kursus Jangka Pendek (KJP) 2019 - Short course dibuka untuk semua, level sekolah Form 1 ke atas adalah lebih baik, namun jika anda faham dan boleh bekerja DIY mengikut arahan dan guide lines oleh instructor, u are also welcome to join this course without only specific to certain ages.

Cadangan tarikh kursus RC Robotic Car #1 dijangka pada 18 Februari 2019, jadi mana2 yang berminat boleh, tinggalkan no.contact pada komen post ini @ hubungi admin melalui emel pdadtecmlk@gmail.com atau Call 09-2663391.

Manakala cadangan untuk kursus lanjutan adalah pada 23 dan 24 Februari 2018 (sabtu - ahad) untuk kursus RC Robotic Car #2 yang 100% DIY amali untuk hasilkan robot kereta kawalan jauh- dibimbing oleh pengajar.

Pelajar-pelajar / peserta dapat bersama-sama membina robot dengan rekabantuk / design mengikut kemahuan sendiri.

Penyambungan komponen, peranti, wire jumper, soldering dan kekemasan serta pengujian aturcara yang dibangunkan melalui arduino programming dan peranti yang disambungkan juga akan membantu para peserta lebih memahami rekabentuk yang dibuat. 

   Semoga anda semua mengambil peluang yang ada ini. Kos untuk kursus juga sangat berpatutan dan sesuai dengan amali dan pengetahuan yang akan diperolehi sepanjang kursus. PASS amali, Jom sertai. TQ all.




Salam 1 Januari 2019 >>> Tahun Baru Masihi

Salam Tahun Baru untuk semua;

 

Diharapkan tahun ini lebih baik dari tahun sebelum-belumnya... ia masa dan kehidupan yang masih ada ini, seharusnya digunakan sebaik mungkin, bukan untuk dipersia-siakan....bukan untuk tujuan pergaduhan yang tiada faedah....bukan juga untuk tujuan umpat-mengumpat, fitnah-memfitnah atau tipu daya... Jadi, gunakanlah masa yang ada untuk tujuan yang baik seperti mencari dan menambahkan ilmu pengetahuan, mendekatkan diri dengan Pencipta dan membuat sebanyak mana kebaikan selagi mana masa masih ada.....

Dah masuk 2019 ni, admin nak clear kan stok lama aksesori / kelengkapan untuk robot car / Tamiya Car, mana2 yang minat / berkenan bolehlah hubungi admin, nak jual separuh harga sahaja.....ye 1/2 harga dari harga asal sahaja... Banyak jimat... jom emel admin sekarang!!! 

Ada Ball Castor Tamiya - ada 2 pcs di dalamnya, boleh pasang sendiri dengan manual yang disediakan.
Seterusnya juga double gearbox Tamiya sebagai enjin untuk robotic car atau Tamiya car... semua masih cantik di dalam bungkusan dan kotak lagi. Dijual separuh harga sahaja, jom contact sekarang. Terima kasih semua.








Sekitar Kursus KJP 2018 kendalian admin

28 Dis 2018...Coretan ditulis

Tahun baru 2019 tidak lama lagi,.....semoga ada sinar baru untuk semua pengujung blog ini. Ilmu pengetahuan, kemahiran dan pendidikan mengikut aliran teknikal dan juga vokasional sudah tentu membantu para pelajar dan pencinta-pencinta hobi berbentuk teknikal dan juga kemahiran tertentu. 


Anda semua bebas untuk memilih jenis ilmu dan teknologis. Minat dan kemahiran pula perlu seiring untuk membina masa depan, kerjaya dan kemajuan kendiri. Perkara yang lebih penting untuk dimiliki adalah keinginan anda (passion) dan perlu ambil berat (concern) mengenai ilmu pengetahuan yang baru dan kemahiran yang hendak diperbaiki. Bagi peminat-peminat pendidikan teknikal, teruslah berusaha untuk memajukan diri sendiri dan keluarga. Banyak institusi kemahiran dan pengajian tinggi yang ada dan ianya mampu mengeluarkan ilmuwan teknikal. 

Sepanjang kursus KJP 2018 yang lalu, jelas kelihatan minat dan kesungguhan anak-anak pelajar dan peserta yang tidak melepaskan peluang untuk menimba ilmu dan kemahiran. Tahniah kepada semua peserta dan pengunjung 2018. Semoga ianya sentiasa memberi manfaat dan kesan yang berguna hasil kursus yang dihadiri.

Syabas semua, usaha berterusan berserta keazaman & kegigihan dalam menjalankan tugas amali yang diberikan sudah tentu mampu melahirkan generasi yang mengutamakan hasil pembelajaran yang berkualiti. Semoga bertemu lagi dalam kursus tahun hadapan. Bravo!!!

Ebook Nota Kursus RC Robotic Car #1 _Dis2018 + FREE Ebook DIY Electronic Projects (Disusun)

Salam Hormat,

Sumbangan amal untuk hasil tulisan buku dalam bentuk digital copy yang lebih dikenali sebagai E-book RC Robotic Car#1 telah dibuka. Bagi yang belum berkesempatan dan tidak berpeluang untuk hadir ke kursus Jangka Pendek (KJP) ADTEC Jerantut ini, boleh lah muat-turun (download) nota melalui balasan emel secara personal nanti. Pihak penyumbang perlu emel kepada kami terlebih dahulu untuk memohon e-book.

Mohon hantarkan bukti sumbangan amal RM5 sahaja..... Ye, hanya RM LIMA RINGGIT sahaja, sebagai kadar sumbangan untuk mengeluarkan digital softcopy E-book ini. Kenapa E-book? , anda berpeluang membacanya melalui telefon pintar (smartphone) anda sahaja atau melalui komputer dan boleh dicetak berulang-kali. Ia adalah nota berasaskan pengalaman sebenar dan juga rujukan yang dinyatakan semasa penghasilan e-book ini. Terima kasih atas sokongan anda semua.  

Akaun CIMB : 7618697123
Perkara           : E-book RC Robotic Car #1
Hantarkan slip sumbangan RM5 kepada ; pdadtecmlk@gmail.com  
Mohon emelkan sahaja sebarang pertanyaan, pihak kami akan cuba untuk membalas sebaik mungkin pertanyaan yang diajukan.
*****NEW*** Free Nota DIY Electronic Project Course******

JOMMMMM KURSUS JANGKA PENDEK (KJP) ---NEW! NEW! NEW! ADTEC Jerantut, Pahang

Salam Hormat,

Berjumpa lagi kali ini....

Masih tercari-cari kursus shortcourse??๐Ÿ‘€๐Ÿ‘‚๐Ÿ‘‚๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ ...nak isi masa cuti sekolah? untuk anak2?? ๐Ÿ™‹๐Ÿ™‹๐Ÿ‘๐Ÿ‘ชya anda boleh sertai mana2 kursus yang diwujudkan untuk anda dan ahli keluarga anda terutamanya semasa cuti sekolah ini.... isikan masa mereka dengan sesuatu yang berharga๐Ÿ‘๐ŸŽฎ๐Ÿƒ๐Ÿ“–๐Ÿ“–.... berminat untuk sertai kursus? Jomm join kursus KJP di ADTEC Jerantut; Dibuka 2 program cuti sekolah ini:

1. RC Robotic Car >>> 19 Disember 2018 


2. DIY Electronics >>> 26 Disember 2018


dan program ini juga akan di 'extend' dari semasa ke semasa hingga 2019 - boleh hubungi 09-2663391 (Unit CESS / BKKL) untuk pertanyaan dan juga program-program lain. Dibawa khas untuk anda yang pentingkan kualiti masa pembelajaran anak-anak & diri anda sendiri.

Terima kasih. Admin.

JOM Masuk ADTEC Jerantut -Pengambilan Sesi Januari 2019

JOMMMMMMM....

Sertai ADTEC Jerantut - berdekatan Taman Negara Jerantut, Pahang, Malaysia.
Kawasan yang aman damai dan menyegarkan pandangan. Pelbagai aktiviti disediakan untuk para pelajar seperti kemudahan riadah, sukan outdoor, indoor games, online games, dan pelajar-pelajar semasa yang mudah dibawa berbincang.

Rekod semasa dan silam menunjukkan banyak penyertaan dan pertandingan kemahiran disertai oleh pengajar dan pelajar ADTEC Jerantut ; Sudah tentu peluang anda mengukir nama di sini selain akademik dan sukan. Jommmmmm, moh kita belajar!

Rujuk iklan pengambilan berikut untuk maklumat lanjut. Hubungi SEGERA!!! untuk pengesahan tempat anda.

Harga sebuah pengalaman - Grand Sumo 2018

Salam sejahtera kepada semua pembaca; "baca dengan santai"๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„


Sedikit coretan kali ini memandangkan masa terhad dan ruang kerja yang memaksa sedikit sahaja perkongsian kali ini. Benar, pengalaman dan pengajaran adalah sesuatu yang berharga jika kita dapat merasainya, menjiwainya dan mencubanya dengan keterbatasan modal (duit), masa dan ruang peluang yang ada.



Jika diukur dari modal - disini modal lebih kepada kemampuan anda untuk spent -belanja sepanjang untuk persiapan bagi menghadapi ssuatu kejohanan & juga semasa menyertainya... Ya, duit belanja membeli hardware dan peralatan untuk membina sebuah mesin tempur jenis SUMO , sudah tentu memerlukan belanja yang besar jika ingin memenangi sesuatu kejohanan /pertandingan....Ia belum dikira modal dan penat lelah semasa dan selepas pertandingan.... Jika ada modal lebih, mudahlah & lebih meyakinkan untuk mencapai kemenangan.

Sepanjang penglibatan dalam Grand Sumo 2018 di KLESF (KL Engineering Science Fair 2018) anjuran UNITEN MyMaker, MyRobotz, MCMC dan KPM di MIECC awal November lepas, banyak juga modal digunakan...namun modal untuk robot sumo hanyalah sekitar RM3++ sahaja tidak termasuk upah kerana sendiri membangunkannya. Jika melibatkan programmer luar dan upah pembinaan hardware robot, sudah tentu kosnya makin meningkat.

Ya, kejayaan kemenangan, seri dengan pihak lawan dan terdapat juga kekalahan sudah tentu mata yang diperolehi telah menyekat kemaraan ke peringkat lebih tinggi namun, dengan modal dan keupayaan robot yang ada, kedudukan ke-4 dari 6 peserta sudah cukup baik bagi penyertaan pertama kali dalan RC Sumo Robot...kelemahan ketara sebenarnya dari segi modal/duit (sumber kewangan) untuk membina mesin sumo yang baik. 

Jika ada rezeki lagi, kita akan bertemu di Final Sumo tahun hadapan. Kejayaan Takkan Datang Dengan Mudah, Usaha Tangga Kejayaan....Hahaha; perkara asas -Modal Jangan Dilupakan Juga :) 
Penulis juga merasai nikmat kemenangan hadiah speaker & selfie-stick atas penyertaaan lain2.๐Ÿ˜๐Ÿ˜Ž

Selain itu, KLESF 2018 juga menawarkan peluang menyambung pelajaran dalam bidang sains dan kejuruteraan malah kesemua pelawat dihidangkan dengan peluang belajar dan merasai teknologi terkini serta kemahiran kejuruteraan yang sesuai untuk semua peringkat umur telah disediakan oleh penganjur. Tahniah penganjuran yang baik!