Persidangan TVET 2019 : Tingkatkan keupayaan belia dalam TVET

Salam Hormat...

TVET masa hadapan untuk Malaysia? Baca laporan penuh artkel Utusan Malaysia dan lihat ASTRO Awani >> http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tingkatkan-keupayaan-belia-dalam-tvet

Antara petikan dari Utusan Malaysia adalah ;
"PUTRAJAYA 9 Julai - Kerajaan akan terus meningkatkan keupayaan belia dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memastikan keperluan industri berteknologi tinggi dipenuhi oleh warga kerja tempatan.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, usaha itu akan mengubah pasaran buruh negara selain dapat memastikan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi yang menawarkan gaji tinggi diwujudkan.
Dr. Mahathir berkata, TVET memainkan peranan penting dalam membantu usaha untuk menjadi negara maju setaraf dengan negara-negara maju yang lain dan tidak keterlaluan jika TVET dianggap sebagai kunci kemajuan pada masa akan datang.
“Oleh kerana itu, kerajaan memberi penekanan kepada TVET. Kita sedar permintaan dan keperluan industri kepada modal insan yang berkeupayaan untuk beriringan dengan peredaran teknologi yang begitu tinggi dan pantas.
“Menerusi TVET, kita bukan sahaja dapat menyediakan belia untuk pasaran kerja, tetapi juga menyediakan modal insan bagi pembangunan dan kemajuan negara,” katanya ketika berucap dalam majlis penutup Persidangan TVET 2019 di sini, hari ini."





Antara pengajar yang terlibat dalam pembentangan hasil inovasi adalah En. Azuan daripada ADTEC Jerantut. Beliau menduduki tempat ketiga dalam Pembentangan Persidangan TVET ini dan telah memenangi pingat emas dalam ITEX 2019 yang diadakan di Konvensyen KLCC pada Mei lepas. Tahniah saudara telah mengharumkan ADTEC Jerantut.

No comments:

Post a Comment