Harga sebuah pengalaman - Grand Sumo 2018

Salam sejahtera kepada semua pembaca; "baca dengan santai"😎😄😄


Sedikit coretan kali ini memandangkan masa terhad dan ruang kerja yang memaksa sedikit sahaja perkongsian kali ini. Benar, pengalaman dan pengajaran adalah sesuatu yang berharga jika kita dapat merasainya, menjiwainya dan mencubanya dengan keterbatasan modal (duit), masa dan ruang peluang yang ada.



Jika diukur dari modal - disini modal lebih kepada kemampuan anda untuk spent -belanja sepanjang untuk persiapan bagi menghadapi ssuatu kejohanan & juga semasa menyertainya... Ya, duit belanja membeli hardware dan peralatan untuk membina sebuah mesin tempur jenis SUMO , sudah tentu memerlukan belanja yang besar jika ingin memenangi sesuatu kejohanan /pertandingan....Ia belum dikira modal dan penat lelah semasa dan selepas pertandingan.... Jika ada modal lebih, mudahlah & lebih meyakinkan untuk mencapai kemenangan.

Sepanjang penglibatan dalam Grand Sumo 2018 di KLESF (KL Engineering Science Fair 2018) anjuran UNITEN MyMaker, MyRobotz, MCMC dan KPM di MIECC awal November lepas, banyak juga modal digunakan...namun modal untuk robot sumo hanyalah sekitar RM3++ sahaja tidak termasuk upah kerana sendiri membangunkannya. Jika melibatkan programmer luar dan upah pembinaan hardware robot, sudah tentu kosnya makin meningkat.

Ya, kejayaan kemenangan, seri dengan pihak lawan dan terdapat juga kekalahan sudah tentu mata yang diperolehi telah menyekat kemaraan ke peringkat lebih tinggi namun, dengan modal dan keupayaan robot yang ada, kedudukan ke-4 dari 6 peserta sudah cukup baik bagi penyertaan pertama kali dalan RC Sumo Robot...kelemahan ketara sebenarnya dari segi modal/duit (sumber kewangan) untuk membina mesin sumo yang baik. 

Jika ada rezeki lagi, kita akan bertemu di Final Sumo tahun hadapan. Kejayaan Takkan Datang Dengan Mudah, Usaha Tangga Kejayaan....Hahaha; perkara asas -Modal Jangan Dilupakan Juga :) 
Penulis juga merasai nikmat kemenangan hadiah speaker & selfie-stick atas penyertaaan lain2.😁😎

Selain itu, KLESF 2018 juga menawarkan peluang menyambung pelajaran dalam bidang sains dan kejuruteraan malah kesemua pelawat dihidangkan dengan peluang belajar dan merasai teknologi terkini serta kemahiran kejuruteraan yang sesuai untuk semua peringkat umur telah disediakan oleh penganjur. Tahniah penganjuran yang baik!