MSK 2/2019 - Program Khidmat Masyarakat

Salam Hormat,

Sedikit perkongsian Program Khidmat Masyarakat MSK Sesi 2/2019 bagi pelajar-pelajar baharu di ADTEC Jerantut telah selamat dijayakan di Madrasah Tahfiz Darul 'Ihya Ad-Diniah di Bukit Dinding, Jerantut. Program ini disertai oleh sebahagian para pelajar seramai 45 orang serta para pengajar dan pembantu. Ia merupakan program CSR yang dijalankan 2 kali setahun.

Syukur ke hadrat Illahi kerana dipermudahkan semua urusan serta cuaca yang baik membolehkan kesemua aktiviti berjalan lancar. Para pelajar telah mendapat iktibar dan pengajaran serta dapat sama-sama mengenali penghuni yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahfiz yang masih muda dan ilmuwan agama. Semoga hubungan baik sesama komuniti ini mendapat redha-Nya dan memberikan kesn serta manfaat untuk kedua-dua pihak yang bekerjasama.