Slot Motivasi; Perjalanan Jauh >>> Semakan di hadapan, tengah dan belakang

Salam semua;

Maaf admin agak sibuk bermula Jan 2019 hingga kini, sukar untuk dikatakan kerana terlalu banyak urusan dokumentasi dan tugasan penyeliaan di peringkat ini kerana ditempatkan di posisi lain dalam organisasi.

Bagi yang ternanti-nanti Kursus Jangka Pendek (KJP), admin akan cuba cari ruang yang sesuai jika berkelapangan... jika di bengkel sudah pasti lebih mudah.

Kali ini, slot motivasi ingin dikongsikan setelah melalui bebanan tugasan dan juga menempuh perjalanan sederhana jauh menggunakan motosikal "cub" = level cub prix......
Ya, ia suatu perjalanan jauh lebih 100km berulang menggunakan motosikal ini. Cuma slot 1st motivation ini dari kaca mata rider adalah :

 
      "Di saat fokus ke hadapan, kadangkala kita 
terlalai dengan situasi di kiri dan kanan malah 
       terlupa apa yang di belakang walaupun ada 
side mirror di sisi" 

Ya....itulah kita seringkali terlupa apa yang telah digenggam (kiri dan kanan) atau mudah melupakan kisah silam yang menjadi pengajaran dek kerana memasang impian di hadapan.
Nasihat ini khas untuk semua termasuk admin :)

gambar ehsan : https://pandulaju.com.my/ahmad-afif-tekad-buru-juara-cub-prix-terengganu-mampukah-yamaha-y15zr-mengganas/
 


No comments:

Post a Comment