Robot Tempur (Combat) di Pusat Sains Negara

Salam Hormat,

Keterujaan dalam bidang kejuruteraan mekanikal - elektronik - pengaturcaraan komputer masih jelas boleh dilihat dalam pertandingan robotik iaitu Robot Combat yang berlangsung di Pusat Sains Negara pada 1 - 4 Oktober 2018.

Ketahanan, kekuatan weapon malah pacuan roda melalui jenis motor yang digunakan menjadi penyumbang kepada kekuatan sesuatu robot yang dibina. Selain itu, stability sesebuah robot serta balancing of mobility juga menjadi main point dalam menentukan keupayaan robot dalam menghadapi pertembungan ini. Tahniah kepada para pemenang khasnya kepada Juara, Pasukan Todak dari ILP Mersing yang mewakili JTM.

Bagi penulis, penyertaan kali pertama ini membuka idea dan perancangan untuk pertandingan pada masa hadapan. Banyak pengalaman dan pengajaran yang diperolehi di samping dapat menilai keupayaan robot sendiri yang terhad dari segi bajet yang ketara. Walaubagaimanapun, keupayaan bertahan (resist) dalam melawan robot yang lebih besar telah membuka minda dan idea untuk lebih maju lagi. Tiada istilah menyerah (surrender) bagi kami, kerana kami yakin dengan rekabentuk dan keupayaan kami untuk menentang pasukan yang mempunyai bajet yang lebih besar. Diharapkan pertandingan yang sihat dan kompetitif akan mendominasi pertandingan akan datang. Majulah teknologi robotik untuk negara khususnya peminat robot.