Pengalaman di IIUM IRC 2018

Salam hormat,

sedikit perkongsian semasa penulis menyertai kali pertama pertandingan sumo robot (1 daripada 6 kategori) dalam Pertandingan IRC anjuran IIUM di Gombak, KL.

Ya pertandingan ini disertai ramai peminat & perekabentuk muda dalam dunia robotik dan juga pelajar2 yang masih bersekolah rendah. Peserta dari Indonesia juga tidak kurang ramai yang menyertai hampir semua 6 kategori robotik yang dipertandingkan.

Pengalaman hanya diperolehi apabila kita menyertai sesuatu pertandingan..... kisah suka, duka, keletihan, setting point, setting time, usaha dan kesungguhan di samping modal untuk persediaan malah "luck" juga sudah tentu menjamin keupayaan sesuatu pasukan untuk mara lebih jauh. Perselisihan pendapat dengan juri & sebarang kelemahan serta kebaikan penganjuran dapat sama2 kita toleransikan untuk profesionalisme dalam sesuatu kejohanan. 

Walaupun tidak berjaya mara lebih jauh bagi penyertaan pertama ini, kemenangan dan mencapai kedudukan salah satu pasukan terbaik dari segi kepantasan masih tetap mengujakan. 

Itu yang dinamakan mahalnya pergorbanan & pengalaman yang diraih. Tahniah kepada semua yang menang & yang berjaya menyertai pertandingan kali ni. Sudah tentu, kita akan bertemu lagi tahun hadapan jika ada rezeki.
 
Terbaik IIUM IRC 2018  : Rate 4.5 / 5 star