Aktiviti luar dalam Program MSK 2/2018

 Program Khidmat Masyarakat 2/2018

Sekitar Program Khidmat Masyarakat untuk membantu dan memberi keselesaan kepada penghuni Mahad Tahfiz yang merupakan salah satu aktiviti di dalam Program Minggu Suai Kenal para pelajar baru ADTEC Jerantut sesi 2/2018 pada 25 Jun - 2 Julai 2018 yang lepas. 

Program kali ini melibatkan dalam Mahad Tahfiz Masjid lama Bukit Rang Pulau Tawar di mana Maulana Wan Helmi merupakan pengetua di situ. Pelbagai aktiviti dan usaha dilakukan seperti memotong rumput, membersihkan ruang dan kawasan tahfiz, pembaikian sambungan elektrik dan juga proses mengecat ruang asrama. Pelajar-pelajar juga mendapat ilmu melalui tazkirah zohor selepas sama-sama menunaikan solat fardhu secara berjemaah. Semoga usaha murni ini mendapat kebaikan bersama dan mendapat berkah dan rahmat Ilahi. Para pelajar baru juga sudah tentu membawa pulang pengalaman dan perkongsian rohani. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat & tidak lupa juga kepada Maulana Wan Helmi serta guru-guru dan pelajar-pelajar tahfiz yang sudi menerima kunjungan kami.