Sekitar Robocon 2018 di UNITEN

Pertandingan Robocon 2018 Peringkat Kebangsaan - April 2018

Sebagai salah satu intitusi kemahiran negara, berdepan cabaran memasuki arena pertandingan adalah satu kemestian. Ia melatih diri para pelajar dan tenaga pengajar dalam usaha untuk memperbaiki kemahiran dan aplikasi teori untuk bersedia & semasa berdepan cabaran getir, ketegangan dan situasi tekanan. Sudah tentu memerlukan kemahiran bekerjsama sebagi satu pasukan dan saling menghormati sesama rakan sepasukan.  


Kejayaan tidak akan pulang dengan mudah ; usaha berterusan & keyakinan diri serta semangat juang sentiasa diperlukan. Tahniah rakan sepasukan, walaupun tidak menjuarai, kejayaan menewaskan universiti swasta, kolej dan juga seri dengan universiti awam tetap menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha & memperbaiki pasukan.